
Nama Samaran
AIZAT
Nama Penuh : MUHAMMAD AIZAT BIN AMDAN
Bangsa : MELAYU
Umur : 18 TAHUN
Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 21 JANUARI 1989
Tinggi : 176 CM
Berat : 98 KG
Hobi : MENCIPTA LIRIK & LAGU
Penyanyi Idola : ONCE
Deskripsi : Jejaka gempal ini pandai menari dan mempunyai kenolehan melukis komik. Seorang yang jujur dan merupakan pendengar yang baik. Sangat teruja apabila melihat mikrofon.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Sejak kecil saya kerap berkaraoke bersama keluarga. Saya tidak ingat kali pertama saya menyanyi tetapi lagu yang pertama saya nyanyikan ialah Suci Dalam Debu oleh Iklim
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Pernah
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Saya boleh melukis komik dan memcipta lagu beserta lirik
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Saya ingin bakat bermain piano dan membaca nota muzik
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Belajar teori muzik dan memperkayakan ilmu saya dalam bidang muzik
Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi pelindung dan pencetus idea-idea segar dalam bidang muzik tanahair
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Muse - Blackholes and Revelation
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Zahid
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Minum air suam
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Berbual dengan Fazura untuk mengajaknya menonton wayang
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Membuat persembahan Lagu Jiwa Lagu Cinta di hadapan DYMM SBP Yang Di Pertuan Agong
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Tarian
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Apabila harus mengimbangkan waktu pelajaran dengan waktu menyanyi dan bermain muzik
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Berjaya melepasi peringkat nyanyian bersama saudara saya yang bernama Shukri
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF5?
85%
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 - 2007
1. Konsert MUSE
2. Kedatangan Dewa 19 pada malam Pesta Indo
3. Perpisahan Mawi dan Ina
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Saya ingin menghapuskan rasuah
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Saya akan menghulurkan tangan untuk membantu mewujudkan pembangunan di kawasan saya
Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)
1. Rumah
2. Emak
3. Ikan sambal
Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?
Gorilla
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Gorilla kerana kaki dan tangannya yang kuat
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
1. Kreatif
2. Mempunyai rambut yang wavy
3. Personaliti yang menarik
Tuesday, December 23, 2008
Biodata Aizat
Diposting oleh
amzar
at
11:51 AM
0
komen
Label: Biodata artis
Subscribe to:
Posts (Atom)


