
AMBIL PELUANG: Penduduk Gaza memanjat tembok sempadan yang diroboh akibat dibom untuk memasuki Mesir bagi memberi barang keperluan.
40 askar Kaherah cedera dirempuh penduduk Palestin beli barang keperluan
RAFAH: Pasukan keselamatan Mesir hampir putus asa untuk menutup semula sempadan negara itu dengan Gaza, selepas berpuluh ribu penduduk wilayah Palestin yang terkepung itu tidak mematuhi polis rusuhan yang cuba menghalang mereka masuk ke bahagian bandar Rafah di sebelah Mesir.
Pasukan polis rusuhan Mesir terpaksa berundur selepas gagal untuk menutup sempadan itu dengan membuat rantaian anggotanya dan menggunakan anjing dan semburan air bagi menghalang penduduk Gaza memasuki kawasan Mesir.
Berikutan pengunduran itu, penduduk Palestin masih terus bebas keluar dan masuk di sempadan Mesir-Gaza untuk membeli barang keperluan yang hampir kehabisan sejak Israel menutup sepenuhnya semua pintu sempadannya dengan Gaza minggu lalu, kononnya untuk mengurangkan pelancaran roket pejuang Palestin ke atas wilayah dijajah Tel Aviv.
Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengecam situasi di Gaza sebagai "sesuatu yang tidak boleh diterima."
Beliau menggesa Israel untuk membuka semula sempadan dan "menyelesaikan masalah yang dihadapinya."
"Tel Aviv seharusnya memulihkan keadaan kembali ke biasa seperti yang dipersetujuinya di bawah perjanjian dan persetujuan sebelum ini," kata Mubarak kepada majalah mingguan Al-Osboa.
Beliau juga mempelawa kumpulan bertelagah di Palestin berbincang di Kaherah.
Jurucakap Hamas yang menguasai Gaza, Ayman Taha memberitahu rangkaian televisyen Al-Jazeera, pemimpin kumpulan itu, Khaled Mashaal bersedia menerima pelawaan Mubarak itu.
Bagaimanapun, wakil kumpulan Fatah yang menguasai wilayah Tebing Barat, berkata Presiden Palestin Mahmoud Abbas memutuskan tidak mahu menerima pelawaan itu.
Seorang lagi jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata sempadan di Rafah perlu dibiarkan terbuka sehingga Israel membuka semula pintu sempadannya dengan Gaza.
"Lubang yang diwujudkan di sempadan tidak harus ditutup kerana ia memberi laluan untuk bantuan kecemasan di bawa masuk untuk penduduk Gaza," katanya.
Pejuang yang disokong Hamas semalam memandu jentolak untuk menolak kepingan konkrit yang disusun pasukan keselamatan Mesir di sempadan bagi menghalang kemasukan penduduk Gaza.
Pasukan keselamatan Mesir tidak bertindak balas dan keberatan menggunakan kekerasan terhadap penduduk Gaza itu berikutan rakyatnya sendiri bersimpati dengan perjuangan Palestin. � AP
Sunday, January 27, 2008
Mesir gagal tutup semula tembok sempadan Gaza
Diposting oleh
amzar
at
11:30 AM
Label: Berita(News)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 komen:
Post a Comment